Friday, November 2, 2012

JANGAN KAITKAN AKU DENGAN SI DIA LAGI!!!

Kenapa kau nak kaitkan aku dengan dia? Tolanglah!!! Aku tak pernah terfikir langsung nak suka dekat dia. Ini semua berpunca dari seorang kawan baik aku yang sengaja mengada-adakan cerita dan mencanang dekat kawan-kawan rapat aku tentang aku dengan dia. Padahal memang aku anggap dia sekadar kawan biasa sahaja. Tak lebih dari itu. Tak pernah terfikir langsung nak ada something special dengan dia. Yang aku bertambah geram, orang yang dikaitkan dengan aku tu pulak dah macam mula mengambil langkah ke belakang bila bertembung dengan aku. Pergh!!! Kau memang percaya la pulakkan dengan si pembawa cerita fitnah itu? Memang aku sakit hati dengan orang yang membawa cerita tu. Ikutkan hati memang aku nak sound jek mamat ni. Kau tak pernah fikir pulak apa akibatnya kalau kau buat benda yang tak berfaedah itu? Ntah la. Mungkin mamat ni dah terbiasa dengan kerja-kerja sebegitu. Nak buat macam mana. Kita pun tak boleh nak menafikan keunikan dan keistimewaan perilaku individu-indvidu tertentu. Tapi kalau dah melampau sangat memang aku putuskan untuk tak nak bertegur lagi dah dengan kau! Perang la maknanya. Lagipun kalau kau tak ada pun tak membawa apa-apa makna dalam hidup aku. Aku boleh hidup dengan tenang tanpa kau! Banyak lagi spesies teman-teman yang lagi elok dan manis tingkah lakunya dari kau! Dengan mood exam yang aku tengah hadapi ni kau jangan nak menjejaskan mood aku. Walaupun dah memang terjejas disebabkan 1 paper aku terbabas di tepi jalan dek tak faham kehendak soalan. Harap sangat yang ia tidak menjejaskan pointer aku semester ini. Berserah pada-Nya...

Akan aku kumpulkan bala tentera untuk serang kau andai kau buat perangai lagi!!!!