Semalam aku telah berjaya menamatkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) IV dan yang terakhir sebelum menjalani praktikum tahun hadapan. Perasaan semestinya aku rasa tak puas sebabnya aku sekadar pergi ke sekolah selama 3 hari sahaja memandangkan pihak kementerian telah memberikan cuti berganti pada hari khamis dan jumaat. Hari pertama aku menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Haji Hassan, Changkat Petai, Tapah Road, Perak seperti biasa aku bersama kawan yang lain akan ke pejabat untuk bertemu dengan pihak pentadbir sekolah. Sesampai sahaja di pejabat sekolah rupa-rupanya ada seorang lagi hamba Allah yang telah menunggu di kerusi untuk bertemu guru besar. Kiranya ada 6 orang guru pelatih yang menjalani PBS di sekolah ini.
Tidak lama selepas itu, hadir seorang wanita menuju ke bilik guru besar dengan selambanya. Kemudian dia mengarahkan kami untuk menghadiri perhimpunan terlebih dahuku sebelum bertemu dengan guru besar. Kami pun mengikut arahan wanita tersebut dengan patuhnya. Sesampai sahaja di tapak perhimpunan, aku dan rakan-rakan lelaki seramai 3 orang bersalaman dengan guru lelaki di sana. Aku tengok murid-murid dekat sekolah ni macam tidak ramai. Mungkin sekolah ini mengadakan 2 sesi , di sebelah pagi dan di sebelah petang. Namun anggapan aku meleset bila guru bertugas memeriksa satu per satu kelas. Ternyata dalam 1 tahun hanya terdapat 1 kelas!! No wonder la sekolah ni ada 243 orang jek kesemuanya. Then, bila perhimpunan dimulakan, aku kagum dan tabik bila perhimpunan tersebut dikendalikan oleh pengawas perempuan dengan menggunakan bahasa Arab! Wah, bagusnya! Pengacara tersebut akan selang selikan dengan bahasa melayu untuk maksudnya. Yela, mana lah tau dijemputnya pembaca doa, guru bertugas pulak naik pentas. Confident!! hahaha...
Lepas nyanyian, bacaan doa, kemudian ucapan guru bertugas minggu lepas untuk memberikan laporan dijumput pula seorang ustazah untuk slot tazkirah. Aku suka dengan tazkirahnya. Ringkas dan mudah difahami. Tapi tak tau la pulak budak-budak ni macam mana. Ada yang duk menguap mengantuk. Harapnya isi tazkirah tu dapat masuk ke dalam otak dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Habis jek sesi tazkirah, si pengacara majlis menjemput Guru Besar untuk menyampaikan ucapan. Alangkah surprisenya aku bila guru besar tersebut adalah wanita yang masuk ke dalam bilik guru besar dengan selambernya tadi. Aish, dalam ucapannya, dia siap bagi kata-kata pedas kat kami sebabnya tak bertegur sapa dengannya sebelum perhimpunan tadi. Manalah kami nak tau yang guru besar sekolah itu adalah seorang wanita..
Habis sahaja perhimpunan kami segera menuju ke bilik guru besar. Puas kami kena tegur.. hahaha.. kemudian, dia suruh kami berjumpa dengan P.K. Pentadbiran untuk rujukan selanjutnya. Lepas jumpa P.K. 1 kami pun bergerak pergi ke "bilik operasi" kami di bilik T.V. Wah, tempat ni memang selesa lagi mendamaikan. Dengan penghawa dinginnya memang hirup mata menutup. Rasa macam nak tidur pun ada. Tapi tak nak kantoi pulak.. Baru jek kena tegur dengan guru besar baik jagan bawak masalah lain pulak. So, aku decide untuk terus buat tugasan dengan berjumpa guru pendidikan seni visual tahap 1. Cikgunya sangat la sporting! Suka sangat berkolaboratif dengan beliau. Dia ada pesan, kalau nak mengajar budak-budak darjah 1 ngan 2 kenalah ceria-ceria selalu. Tak boleh tension-tension. Cikgu ni pun sangat bersungguh-sungguh mencari karya murid dalam aktiviti seni untuk rujukan dan bahan bukti aku. Sehinggakan ada satu karya murid yang katanya sudah rosak dek murid-muridnya dia sanggup buatkan satu lagi untuk aku lihat! Sangat terharu... Ahhirnya aku dapat mengumpulkan kesemua karya seni dalam 4 bidang PSV untuk tahap 1
|
Bilik T.V S.K Haji Hassan |
Hari kedua pulak aku rancang untuk mengumpulkan karya bagi tahap 2. Namun, aku tidak bernasib baik. Karyanya tidak disimpan. Maka untuk hari tersebut aku sekadar menyiapkan borang-borang PBS lain untuk diisi dan ditandatangni. Ah, guru HEM dah pesan sebelum balik semalam dia nak jumpa kami hari ni jam 10 pagi. Ingatkan nak kena ceramah tadi, rupanya dia sekadar menyatakan tugas-tugas beliau di sekolah ni dan pesanan-pesanan untuk kami amalkan. Lama la jugak. Dekat 40 minit! Tapi ia memang memberikan aku in-put baharu tentang tugas-tugas seorang guru penolong kanan. Bukan senang nak pikul tanggungjawab tu. 26 fail kena jaga!! Ko mampu? Malam tu pulak kami dijemput untuk menghadiri majlis iftar dan sembahyang magrib, isyak dan tarawikh berjamaah di sekolah tersebut. Tapi, kami tidak dapat hadir disebabkan kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.. hehehe..
Hari terakhir di sekolah ini pulak ada mengadakan Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam Quran. Sepanjang hari la kami di surau sekolah bagi memeriahkan majlis. Acara dimulakan dengan majlis khatam Quran kemudian tazkirah dan penyampaian hadiah serta sumbangan hari raya kepada murid-murid. Kami bertiga jejaka tampan duduk berhampiran dengan murid-murid tahun 6. Alangkah sedihnya, bila mereka lalu depan aku dan bertegur sapa mereka cakap, "assalamualaikum bang.." Argh!! Kenapa dorang tak panggil cikgu? Tak de pesona seorang guru ke kami ni? Hahaha.. Mungkin sebab kami tak diberi peluang untuk masuk ke kelas so mereka anggap kami ni anak-anak cikgu kot yang datang melawat.. Aku sempat menugur seorang murid untuk panggil aku cikgu.. hahaha.. kejam betul! Dalam upacara penyampaian hadiah ada hadiah untuk pelajar '5A ' untuk percubaan UPSR baru-baru ni. Ada 2 orang yang mendapat 5A. Aku jangkakan kedua-duanya adalah perempuan tapi kedua-duanya adalah lelaki! Aku kagum dengan murid ni. Teringat zaman sekolah rendah dulu.. teeetttt... Dapat jek sampul duit hadiah itu, budak tu pun bukak untuk melihat isi duit berapa banyak dia dapat.. Aku pun terdetik untuk memberikan wang tambahan untuk diberikan kepada mereka. Then, aku minta buku latihan mereka, selitkan sedikit wang dan berbisik memberikan amanat terakhir sambil memberikan semula buku... Chewah!!! Abis jek acara di surau murid-murid sekolah tu diminta ke kantin untuk sesi bersalaman dengan guru-guru. Kami pun turut serta memandangkan guru besar pun turun sekali.. Kenalah menunjukkan perilaku terbaik di depannya.. hehehe...
|
Majlis Khatam Quran 2012, S.K Haji Hassan |
|
Murid-murid khusyuk mendengar tazkirah |
Selesai salam bersalaman dengan murid-murid, kami pun ambil kesempatan bersalaman dengan guru-guru lelaki di sekolah tersebut. 6 orang jek guru lelaki di sini. Mesti semuanya sekepala.. hahaha.. Then, aku ucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan PBS yang lain.. siap dapat kad raya lagi.. terima kasih...
|
Terjumpa 'junior' aku dari sekolah ini |
-THE END-