Tuesday, December 8, 2009

bOSaN KeR?!!!!

Hari2 yg membosankan kutiti saban hari dalam mengisi waktu cuti yang panjang. Ape yang dilakukan setiap hari merupakan kitaran hari2 sebelumnya. Terdetik di benakku apakah ini yg dinamakn nikmat brcuti ? apakah hari2 yg mendatang menjanjikan keseronokan dan kelainan dr hari2 yg telah berlalu? Bagaimna teman2ku yg lain menghabiskn masa cuti mereka? Pasti mereka tidak merasa “kesengsaraan” aku di sini. Pasti mereka sedang bersuka ria bersama keluarga dan teman taulan dengan pelbagai aktiviti yang sudah pastinya mengubat rasa rindu di hati. Aku pasrah…

Setiap pagi aku akan dikejutkan oleh makku lebih kurang pukul 6.45 pagi untuk sembahyang Subuh. Ku lihat jam yang tertera di telefon bimbitku. Kadang2 6.30 dan kadang2 jua pukul 6.25 pagi. “Terkadang” juga aku terbangun sendiri. Itupun ketika mana aku terasa hendak kencing ataupun …………(anda sendiri sudah boleh meneka).

Selesai sahaja aku sembahyang aku akan berbaring seketika di katilku. Bukan untuk tidur, sekadar melelapkan mata. Tiba2 terdengar suara, “Yy, bila nak menambak?”. Bahkan ketika aku menulis coretan ini pun makku sudah memanggil. Ya, itulah yg dilakukan oleh aku setiap pagi iaitu menambak batu di depan rumah. Mulanya batu untuk manambak sudah habis aku kerjakan tetapi tidak semena-mena ayahku meng’order’ lagi satu lori! Oh my Calvin Klein. Selesai menambak, aku akan menyejukkan diri di dalam bilikku sendiri. Apa yg aku lakukan? Melayan video klip dan lagu2 siti. Setiap hari! Selang beberapa jam barulah aku mandi. Kemudian, aku akan menonton televisyen melayan The Amazing Race Asia melihat Ida Nerina(pelakon) dan Tania bermain. Terkejut juga bila mengetahui Ida turut bermain mewakili Malaysia!

Begitulah tiap2 pagi. Kadang2 aku disuruh ke Tapah untuk bank in duit dan beli lauk. Selalu juga aku melayan customer yang dtg nak beli gas. Dan setiap pagi juga bahkan setiap masa si Fikri akan missed call aku. Entah kenapa entah. Mungkin diri ini dirindui. Tapi tidak mengapa. Aku sudah terbiasa dengan gangguan2 seperti ini.

Pada sebelah malam pula, ayah aku menyuruhku untuk ke masjid bersembahyang berjemaah di sana. Aku hanya pergi hari Isnin hingga Khamis ala2 kat maktab pulak. Hehehheh… sampai sahaja rumah aku akan menonton televisyen sehinggalah tak de siaran menarik.. begitulah aktiviti2 yang aku lalui setiap hari… bosan kan? Sape setuju sila komen…

2 comments:

Unknown said...

Cter ko ni samer jerk dr dulu..
xupdate2 ker??
huhuhuh.....

Anonymous said...

mls ah nk update..
tk der citer mnrk...
hmm....