Sunday, January 23, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Pada hari ini, aku tiba2 rasa nk join satu contest. Setelah dipaksa oleh kawan aku yang paling cute dan bersuara lunak (jgn perasan), CIKGU FIQ, aku pown rasa terpanggil nk join..Bagi aku Contest ni sangat best bagi aku!
Nak tau?

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL!


(saper nak join, sila klik nama contest tu)

Hadiah dia sgt menarik bagi aku...
Ok, ni dia gambar yang aku pertaruhkan!

Gambar ni merupakan gambar aku dan partner2 aku semasa kami menjalankan tugasan KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI..huhhhu..Suka sgt dgn gambar ni..
Hurmmm..insyaAllah aku menang, aku nak:



KASUT SUPRA!
Btw, aku nak tag 5 orang utk contest ni..

1. Cikgu Fikri
2. Nanad
3. Adah Azman
4. Ustaz Akmal
5. Kak Aniss

Sunday, January 2, 2011

LePaK IpoH...


Idea ni tercetus masa kawan aku si Aniqah bagi mesej kat aku yang die ajak aku n kawan2 yang lain pergi lepak2 kat Ipoh. Aku ok jek ngan idea tu memandangkan cuti yang aku lalui sekarang ni memang membosankan. Ade 10 orang yang join g sana. Meh aku listkan dalam blog ni : Aku, Zuhair, Hafizi, Syazwan, Azri, Ayo, Aniqah, Nadira, Shada, n Maisarah. Dorang ni memang kawan aku since sekolah menengah lagi. Kitorang memang dah lame tak gather, so ok gak la kalau dapat lepak2 ni. Mula kitrg plan nak g Ipoh ari Ahad tapi kawan aku yang sorang ni si Maisarah tak dapat nak g la plak kalau ari Ahad. Maisarah cadang buat hari Sabtu. Lagi la aku suke ngan idea tu memandangkan hari Ahad aku dah ade plan lain ngan abang aku n adik aku nak g KL. Dh confirm sape yang nak join aku pun belikanlah tiket kereta api tuk dorang ni. Seawal pukul 7.40 pagi tiket aku belikan tuk ari sabtu tu. Awal tak? Excited punyer pasal. Tiket balik plak aku ckap kat kaunter tu nak balik pkul 9.15 malam. Alhamdulillah tiket tu available. Kos pergi RM 6, balik RM 12. Pergi seat ekonomi balik seat second class.

Hari yang dijanjikan tiba. Sebelum tu, aku dah pesan kat Ayah aku suh tolong antakan aku n kawan2 aku g stesen kereta api tapi oleh sebab mase tu abang aku ade kat umah so lebih senang suh die jerk hantarkan. Aku n abang aku pun ‘kutip’ la dorang. Mule ingat nak amek si Zuhair dulu sebab die duk dekat ngan umah aku. Dari jauh lagi aku dah nampak kelibat die. Aku suruh la abang aku pick up die. Slowkan kete.. Hampir ngan die… Tapi hampeh, sekali Bangla da. Dari jauh persis macam kawan aku. Haisshh… Aku pun suruh abang aku g kutip kawan aku kat penjare Tapah lu. Dah amek dorang baru la patah balik amek Zuhair. Kali ni baru betul yang tu die. Rupenyer yang tadi tu Bangla keje JK. Mane nak tau. Hahaha..

Tepat jam 8.20 pagi kitorang pun smpai kat bandar Ipoh, The Capital City of Perak. Kami pun carilah bas nak ke Ipoh Parade. Aku pun tak berape sure mcm mane nak pergi sane naik bas. Sebelum ni pun aku pernah pergi tapi dengan teksi. Nak save budgetnyer pasal. Cari2 jumpe la. Kawan aku cakap duit tambang ke sane RM1.20 tapi tambang die dh naik menjadi RM1.30. Tak terase sgt la kenaikan sebanyak itu. Chewah.. Aku expect bas ni baru jerk beroperasi memandangkan pemandu bas n konduktor masih tercari-cari penumpang yang ingin menaiki bas tu. Sampai2 jerk… What a big surprise! Ipoh Parade belum lagi dibuka untuk pelanggannya. Menci2!! Tapi kat sekitar Ipoh Parade tu tengah berlangsung acara Larian Serentak 1Malaysia. Lari 2KM je pun. Apelah sangat. Cume baju tak sesuai jerk nak join..

Daripada duk tercegat kat luar tu, kitorang decide g jalan2 cari restoran “berdekatan” untuk bersarapan. Jauhnye jalan akhirnye jumpe la kedai Mamak 24 Jam. Selesai membedal roti canai n teh ais, kitrg pun bergerak semula ke Ipoh Parade. Kawan aku si Maisarah, Azri n Ayo pun dh sampai sane ngan menaiki kereta. Tak aci betul.

Perkara pertame yang kitrg wat adalah membeli tiket wayang. Kaunter wayang bukak serius lambat! So, kitrg g la main bowling lu. 1 game jerk. RM 7.00.. Aku benci ngan kutipan mata aku. Aku tau aku leh skor lebih banyak dari tu.. Abis jerk main, terus g kaunter tiket wayang. Baru nak bukak. Wayang ni ade konfliknye. Majoriti kawan aku nak tengok citer “Hantu Mak Limah Balik Kampung”. Ewwuuhh!!! Aku ni dah la tak layan citer2 melayu ni.. Certain2 citer melayu jerk aku tengok. Itu pun sekadar memenuhi permintaan kawan. Aku yakin dan percaya citer2 Melayu ni akan ditayangkan semula time Rayer dan diulang banyak kali kat tv. Aku dh plan dh nak tengok citer Narnia mase tu. Penyelesaiannya, kitrg separate. 6 orang tengok citer Melayu 4 orang tengok Narnia. Jarak tayangan antara citer tu pun tak jauh sangat. Aku puas sangat tengok citer Narnia. Seronok beb!! Tapi yang merencatkan keseronakan aku tengok wayang adalah keadaan pawagam nyer yang so “yesterday”.. Kerusi yang ala kadar dengan lantai papan.. so Y.U.C.K!!!Tak sangka aku GSC Ipoh Parade macam ni.. tolangla tukar. Dah la tu, wayangnye sound pulak tenggelam timbul. Cirit tul!!

Abis tengok wayang kitaorg gerak ke Greentown Mall. Ingat nak jalan kaki jerk g sane tapi hujan lebat plak time tu. So, kitaorg gerak nek kete Azri jerk. Dua kali angkut. Bayangkan aku berempat duduk kat seat belakang!! Seb baik aku kurus… Terpakse mengalah sebab pompuan sorg akan duduk di depan. Takkan nak berhimpit ngan laki plak kan. Tibe2 teguh plak iman budak pompuan ni. Tulah die si Aniqah. Kawan aku yang akan pindah ke Melaka minggu depan.

Sampai2 jerk terus g food court. Perut memang dh berpidato dh (pinjam ayat Fikri jap).. Mase ni la rahsia tentang perangai sorang kawan ni yang turut sama join yang selame ni kukuh n tutup rapat akhirnyer runtuh jua. Malas nk citer kat sini. Yang penting aku tak amek pusing ngan bende ni.. Peduli ape aku!! Lagipun aku mmg tak berkenan sgt ngan ko pun..

Malapetaka berlaku sekali lagi!! Kali ni makanan.. Aku makan sizzling mi yang macam makanan zaman purba!! Mi kapur murahan yang digunakan memang spoil akunyer appetide. Tapi makanan tu abis gak aku kerjekan. Ye la takkan nk membazirkan.. Tak elok pulak..

Selesai sembahyang Asar, aku, Zuhair, Hafizi n Syazwan mmg dh set nak g karaoke lepas tu. Tapi sebelum kite karaoke, sembahyang jangan lupe!! Prinsip tu.. Mase ni gak kawan aku yang lain dh balik nek kete.. Sorg ni nak g keje esknyer, sorg lagi kene masuk awal sebelum kul 7 maklumlah belum lepas matrik lagi. So, say bye la kat dorg. Sia2 je duit tambang korang yang aku dah belikan. Bek yak yah beli!!!

Masuk je Karaoke kat GM ni, aku dh mule mencarut.. tapi dalam hati jelah.. Ade ke patut kalau nak pilih lagu kene salin kod lagu die dalam koleksi senarai lagu yang berlambak kat atas meja.. Sangat kuno!! Dengan bau rokok lahanat nyer!! Dengan bilik yang ala kadar.. Dengan bau cat menyucuk hidung. Yang paling aku tk puas hati lagu first aku tersalah!! Tak tau salah sape… Yang aku tau kod yang aku tulis tu mmg tuk lagu lain.. Aku pun ubah lirik lagu “Pergi” nyanyian Aizat dari “Ku Pergi” kepada “Ku Benci” . Kawan2 aku semua tertawakan aku. Siot tul!!!

Abis latihan vocal, kitrg terus bergerak menaiki bas ke KTM Ipoh.. Malapetaka lagi!! Kali ni mmg tak leh blah.. Aku sengaje check tiket pukul bape train berlepas. Tercarut aku bile nmpak jam yang tertera kat masa berlepas menunjukkan pukul 0915.. Maknenyer train tu dh lepas sejurus kitaorg smpai kat Ipoh pagi tadi!!! Sungguh tak logic!!! Smpai Ipoh pukul 8.20 pagi n balik pukul 9.15 pagi hari yang same!!! Ape korang igat kitaorg ni terdesak nak nek train ke? Batak sangat nak g Ipoh? Dh smpai terus balik? Hisshh, geram betul!!! Rase nak pijak jerk kepala pak cik kaunter kat KTM Tapah Road ni!! Ingat die vougue?!!!! Aku dh cakap dh nak beli RETURN TICKET MALAM HARI YANG SAME!!! Tapi, haram.. die pergi klik kat 9.15!! Aku plak tak perasan yang tu adalah waktu pagi bukannyer malam!! Cam cirit api!!

Menggelabah ktrg macm mane nak blik ni? Takkan nk beli tiket lagi satu disebabkan kecuaian pegawai dorang sendirik? Pujuk punyer pujuk akhirnyer tak berhasil.. Dh la tu, ktrg kene beli lagi satu tiket untuk next train pukul 9.30 malam.. Aku bertmbah sakit ati yang tiket tu cume berharge RM 6 berbanding RM 12 yang kitrg beli untuk train balik sebelum ni.. Mencarut aku!! Sume kos tambang yang sepatutnye RM 12 pergi balik menjadi RM 24!!! Setelah ditambah tiket yang terpaksa dibeli sekali lagi.. Huh!!

Sementara menunggu train berlepas, kitorg duk la lepak2 kat taman depan KTM Ipoh tu.. Alangkah terkejutnyer aku.. Tempat tu adalah tempat pondan2 melepak tengah2 malam smpai awal pagi.. Kawan aku nyaris disapa oleh golongan tu.. ‘Lelaki’ tu bertanyekan kitorg dari mane? Sebelum ape2 jadi kitorg terus blah..

Tine ni jugak la perancangan masa depan yang ntah akn jadi realiti atau tidak dibincangkan. Kitorg berempat berhasrat untuk membuat usahasama perniagaan menggabungkan kami berempat sebagai pelabur. Ade kate nk buat pertanian ternakan ikan la, ade yang nk bukan kedai makan ala kafe la.. Dan yang paling memerlukan kos yang besar adalah untuk membuka sebuah hotel? Wah2, bukan main lagi ek.. Tapi yang pasti semoga angan2 n fantasi ni akan menjadi kenyataan. Insyaallah….