Monday, November 28, 2011

hIjRAh!!!!

SALAM MAAL HIJRAH YANG KE-1433 BUAT SEMUA!!!! Bila sebut sahaja tentang hijrah pasti semua orang memasang hajat baharu untuk berubah daripada bergelumang dengan keburukan ataupun perkara yang sia-sia kepada sesuatu yang lebih bermakna dan membawa kebaikan kepada diri, agama, keluarga mahupun masyarakat. Aku? Ntah la.. rasa-rasanya tak ada apa-apa yang akan berubah. Cumanya aku sempat juga bermuhasabah diri tentang apa yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Pelbagai peristiwa yang menggembirakan, saat mendebarkan, ketenangan, dan tak kurang juga ditimpa kesedihan. Semua itu telah membantu mematangkan diri aku yang telah pun menginjak ke alam kedewasaan. Bagi peristiwa yang menggembirakan, aku akan ingat saat itu dan aku akan imbau kembali hingga aku mampu tersenyum lagi. Bagi peristiwa yang menyedihkan? Sukar untuk dilupakan saat itukan? Sampai sekarang aku asyik terfikirkan tentangnya. Alangkah indahnya jika saat itu tidak pernah berlaku. Saban hari aku mendoakan kesejahteraan mereka. Nasib baik ada jua insan yang memahami untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa. Terima kasih wahai insan. Dan semestinya peristiwa itu tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayat ini.

Cuti sekolah datang lagi!!! Bestnyer!!! Tapi aku tak rasakan kenikmatan untuk cuti yang terlalu panjang. 6 minggu!!! Lamanya!! Minggu yang pertama cuti pun aku sudah mula terasa bosan.. ni nak tempuh lagi 5 minggu!! Arrrghhh!! Cepatlah waktu berlalu.. tak sabar aku nak mulakan sesi semester yang baru pelik bukan? Tak semua orang berfikir dan merasai apa yang aku rasa.. Tapi setiap kali waktu cuti sahaja aku akan mengeluh. Apa yang hendak dibuat sepanjang masa yang terluang itu. Hajat aku untuk bekerja separuh masa tidak kesampaian lagi tahun ini. Penyelesaiannya, duduk rumah, hiburkan hati dan lakukan apa-apa yang berfaedah.

Bagaimana untuk mencapai ketenangan? Bagaimana hendak hadapi kekusutan? Seringkali kita memberikan tanggapan bahawa cabaran yang kita tempuh akan melemahkan kita. Namun, semua ini menganjur kita untuk kembali kepada sang Pencipta. Berdoa dan mengadulah pada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku.


Wednesday, June 15, 2011

SeLamaT HArI JAdI DiriKu 20 taHuN!!!!


Genap 20 tahun sudah aku hidup kat dunia ni. Rasa-rasanya banyak lagi benda yang aku nak buat tapi tak terlaksana.. hurm.. nape la birthday aku time cuti sem? Kalau waktu kuliah kan best.. boleh la berangan ade budak kelas buat surprise kat aku.. hampeh tul la.. tp, dalam waktu cuti ni pun nasib baik masih ade lagi teman yang ingat kat hari jadi aku.. tanggal 15 Jun( tengah bulan n tengah tahun). Ni list top 10 orang yang wish birthday kat aku.. Tahniah kepada yang tercalon.. hahaha..

1.Akhma (siap call n nyanyi lagi)

2.Kak Ji

3.Fikri

4. John Khaiman ( tak sngke plak.. hahaha)

5. Nanad (teman sejati café)

6. Arif (roommate, pukul 2.30

pg!!! aku pun tgh mamai

time tu.. seb bek tak terdelete mesej ko)

7. Daus

8. Kak Dila

9. Shera (suke sgt pggil aku syg.. aku pun… muuaaahhhaaa)

10. Wawa (wish birthday ala2 ustzah!!!

Terbakar aku!! Hehehe)

Tapi, bagi aku sape yg wish aku tk berapa penting sangat pun (padahal berharap sape la nk wish dulu) yg penting “AKU NAK HADIAH!!!!!” woi, tk malu ke nak mintk hadiah kat orang? Ah, peduli ape!! Nk jugak.. tak kire!!! Kate nyer nak bagi lepas elaun masuk.. ok… aku tuntut lain kali jerk.. hehehe..




Dalam banyak2 orang yang wish birthday kat aku, aku agak terkilan sebab ade hamba Alllah ni yang aku berharap sangat die akan wish birthday kat aku tp nmpaknye ….. senyap aje.. aku tunggu malam tu tp still tak de ucapan dari si dia… padahal aku siap tnggu2 mlm sebelum birthday die untuk aku wish tepat pukul 12 malam!!! Tp. .. die tak buat bende yang sama kat aku pun.. tk pelah.. malas nk pusing pasal ko.. siape die yang aku mksud kan? Biarlah rahsia…

Monday, February 14, 2011

SaLam Maulidur Rasul..



Oleh sebab hari ni merupakan cuti umum so aku ambl kesempatan n ruang ni untuk menulis entry baru setelah sekian lama tak memperbaharui. Untuk pengetahuan korg, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah (jangan tak tau pulak!!) disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan. Minggu ni aku mmg sibuk giler2 'barbie' la.. Dengan assigmnt yg berlambak, presentation la, keje setiausaha biro la, projek Sabahnye lagi n macam2 lagi.. Tambahan pulak minggu ni maktb kitorg mengadakan Minggu Memperingati Sirah dan Sunnah Nabi bermula dari 14 - 28 Februari 2011. Setiap kali ade aktiviti aku kene join skali.. Haiyak, penat aku.. Aku dilantik menjadi AJK Makanan n Kebajikan bersama-sama abg Fikri.. Sesuai sangat la tu.. Tapi aku bukannyer tau sanagt tentang penyediaan makanan bende alah ni.. kalau bab makan aku tau la.. seb baik abg Fikri ade... Serah kat die je la.. Hahahaha.. KEJAM!!!







Perarakan Maulidur Rasul kt maktab.. Tampak kurus plak time ni..

Time tengah kusut ni aku pun layan Konsert Siti Live Royale Albert Hall London untuk klai yg ke berape aku pun tak tau.. Hahaha.. Bosan giler tak de wireless kat cni.. Tak tau nak wat ape.. Nak wt assgment pun tergendala (ALASAN!!!).. Nasib baik ade insan yang baik ati sudi pinjamkan broadband die kat aku.. Ikhlas ke die? siap bagi amaran kat aku jagan bukak youtube (baru cdg nak layan siti), jagan bukak laman web lucah ( die bukak boleh pulak, kedekut tul!!!) tk kisah la.. Janji dapat gak layan internet..




Sunday, January 23, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Pada hari ini, aku tiba2 rasa nk join satu contest. Setelah dipaksa oleh kawan aku yang paling cute dan bersuara lunak (jgn perasan), CIKGU FIQ, aku pown rasa terpanggil nk join..Bagi aku Contest ni sangat best bagi aku!
Nak tau?

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL!


(saper nak join, sila klik nama contest tu)

Hadiah dia sgt menarik bagi aku...
Ok, ni dia gambar yang aku pertaruhkan!

Gambar ni merupakan gambar aku dan partner2 aku semasa kami menjalankan tugasan KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI..huhhhu..Suka sgt dgn gambar ni..
Hurmmm..insyaAllah aku menang, aku nak:



KASUT SUPRA!
Btw, aku nak tag 5 orang utk contest ni..

1. Cikgu Fikri
2. Nanad
3. Adah Azman
4. Ustaz Akmal
5. Kak Aniss

Sunday, January 2, 2011

LePaK IpoH...


Idea ni tercetus masa kawan aku si Aniqah bagi mesej kat aku yang die ajak aku n kawan2 yang lain pergi lepak2 kat Ipoh. Aku ok jek ngan idea tu memandangkan cuti yang aku lalui sekarang ni memang membosankan. Ade 10 orang yang join g sana. Meh aku listkan dalam blog ni : Aku, Zuhair, Hafizi, Syazwan, Azri, Ayo, Aniqah, Nadira, Shada, n Maisarah. Dorang ni memang kawan aku since sekolah menengah lagi. Kitorang memang dah lame tak gather, so ok gak la kalau dapat lepak2 ni. Mula kitrg plan nak g Ipoh ari Ahad tapi kawan aku yang sorang ni si Maisarah tak dapat nak g la plak kalau ari Ahad. Maisarah cadang buat hari Sabtu. Lagi la aku suke ngan idea tu memandangkan hari Ahad aku dah ade plan lain ngan abang aku n adik aku nak g KL. Dh confirm sape yang nak join aku pun belikanlah tiket kereta api tuk dorang ni. Seawal pukul 7.40 pagi tiket aku belikan tuk ari sabtu tu. Awal tak? Excited punyer pasal. Tiket balik plak aku ckap kat kaunter tu nak balik pkul 9.15 malam. Alhamdulillah tiket tu available. Kos pergi RM 6, balik RM 12. Pergi seat ekonomi balik seat second class.

Hari yang dijanjikan tiba. Sebelum tu, aku dah pesan kat Ayah aku suh tolong antakan aku n kawan2 aku g stesen kereta api tapi oleh sebab mase tu abang aku ade kat umah so lebih senang suh die jerk hantarkan. Aku n abang aku pun ‘kutip’ la dorang. Mule ingat nak amek si Zuhair dulu sebab die duk dekat ngan umah aku. Dari jauh lagi aku dah nampak kelibat die. Aku suruh la abang aku pick up die. Slowkan kete.. Hampir ngan die… Tapi hampeh, sekali Bangla da. Dari jauh persis macam kawan aku. Haisshh… Aku pun suruh abang aku g kutip kawan aku kat penjare Tapah lu. Dah amek dorang baru la patah balik amek Zuhair. Kali ni baru betul yang tu die. Rupenyer yang tadi tu Bangla keje JK. Mane nak tau. Hahaha..

Tepat jam 8.20 pagi kitorang pun smpai kat bandar Ipoh, The Capital City of Perak. Kami pun carilah bas nak ke Ipoh Parade. Aku pun tak berape sure mcm mane nak pergi sane naik bas. Sebelum ni pun aku pernah pergi tapi dengan teksi. Nak save budgetnyer pasal. Cari2 jumpe la. Kawan aku cakap duit tambang ke sane RM1.20 tapi tambang die dh naik menjadi RM1.30. Tak terase sgt la kenaikan sebanyak itu. Chewah.. Aku expect bas ni baru jerk beroperasi memandangkan pemandu bas n konduktor masih tercari-cari penumpang yang ingin menaiki bas tu. Sampai2 jerk… What a big surprise! Ipoh Parade belum lagi dibuka untuk pelanggannya. Menci2!! Tapi kat sekitar Ipoh Parade tu tengah berlangsung acara Larian Serentak 1Malaysia. Lari 2KM je pun. Apelah sangat. Cume baju tak sesuai jerk nak join..

Daripada duk tercegat kat luar tu, kitorang decide g jalan2 cari restoran “berdekatan” untuk bersarapan. Jauhnye jalan akhirnye jumpe la kedai Mamak 24 Jam. Selesai membedal roti canai n teh ais, kitrg pun bergerak semula ke Ipoh Parade. Kawan aku si Maisarah, Azri n Ayo pun dh sampai sane ngan menaiki kereta. Tak aci betul.

Perkara pertame yang kitrg wat adalah membeli tiket wayang. Kaunter wayang bukak serius lambat! So, kitrg g la main bowling lu. 1 game jerk. RM 7.00.. Aku benci ngan kutipan mata aku. Aku tau aku leh skor lebih banyak dari tu.. Abis jerk main, terus g kaunter tiket wayang. Baru nak bukak. Wayang ni ade konfliknye. Majoriti kawan aku nak tengok citer “Hantu Mak Limah Balik Kampung”. Ewwuuhh!!! Aku ni dah la tak layan citer2 melayu ni.. Certain2 citer melayu jerk aku tengok. Itu pun sekadar memenuhi permintaan kawan. Aku yakin dan percaya citer2 Melayu ni akan ditayangkan semula time Rayer dan diulang banyak kali kat tv. Aku dh plan dh nak tengok citer Narnia mase tu. Penyelesaiannya, kitrg separate. 6 orang tengok citer Melayu 4 orang tengok Narnia. Jarak tayangan antara citer tu pun tak jauh sangat. Aku puas sangat tengok citer Narnia. Seronok beb!! Tapi yang merencatkan keseronakan aku tengok wayang adalah keadaan pawagam nyer yang so “yesterday”.. Kerusi yang ala kadar dengan lantai papan.. so Y.U.C.K!!!Tak sangka aku GSC Ipoh Parade macam ni.. tolangla tukar. Dah la tu, wayangnye sound pulak tenggelam timbul. Cirit tul!!

Abis tengok wayang kitaorg gerak ke Greentown Mall. Ingat nak jalan kaki jerk g sane tapi hujan lebat plak time tu. So, kitaorg gerak nek kete Azri jerk. Dua kali angkut. Bayangkan aku berempat duduk kat seat belakang!! Seb baik aku kurus… Terpakse mengalah sebab pompuan sorg akan duduk di depan. Takkan nak berhimpit ngan laki plak kan. Tibe2 teguh plak iman budak pompuan ni. Tulah die si Aniqah. Kawan aku yang akan pindah ke Melaka minggu depan.

Sampai2 jerk terus g food court. Perut memang dh berpidato dh (pinjam ayat Fikri jap).. Mase ni la rahsia tentang perangai sorang kawan ni yang turut sama join yang selame ni kukuh n tutup rapat akhirnyer runtuh jua. Malas nk citer kat sini. Yang penting aku tak amek pusing ngan bende ni.. Peduli ape aku!! Lagipun aku mmg tak berkenan sgt ngan ko pun..

Malapetaka berlaku sekali lagi!! Kali ni makanan.. Aku makan sizzling mi yang macam makanan zaman purba!! Mi kapur murahan yang digunakan memang spoil akunyer appetide. Tapi makanan tu abis gak aku kerjekan. Ye la takkan nk membazirkan.. Tak elok pulak..

Selesai sembahyang Asar, aku, Zuhair, Hafizi n Syazwan mmg dh set nak g karaoke lepas tu. Tapi sebelum kite karaoke, sembahyang jangan lupe!! Prinsip tu.. Mase ni gak kawan aku yang lain dh balik nek kete.. Sorg ni nak g keje esknyer, sorg lagi kene masuk awal sebelum kul 7 maklumlah belum lepas matrik lagi. So, say bye la kat dorg. Sia2 je duit tambang korang yang aku dah belikan. Bek yak yah beli!!!

Masuk je Karaoke kat GM ni, aku dh mule mencarut.. tapi dalam hati jelah.. Ade ke patut kalau nak pilih lagu kene salin kod lagu die dalam koleksi senarai lagu yang berlambak kat atas meja.. Sangat kuno!! Dengan bau rokok lahanat nyer!! Dengan bilik yang ala kadar.. Dengan bau cat menyucuk hidung. Yang paling aku tk puas hati lagu first aku tersalah!! Tak tau salah sape… Yang aku tau kod yang aku tulis tu mmg tuk lagu lain.. Aku pun ubah lirik lagu “Pergi” nyanyian Aizat dari “Ku Pergi” kepada “Ku Benci” . Kawan2 aku semua tertawakan aku. Siot tul!!!

Abis latihan vocal, kitrg terus bergerak menaiki bas ke KTM Ipoh.. Malapetaka lagi!! Kali ni mmg tak leh blah.. Aku sengaje check tiket pukul bape train berlepas. Tercarut aku bile nmpak jam yang tertera kat masa berlepas menunjukkan pukul 0915.. Maknenyer train tu dh lepas sejurus kitaorg smpai kat Ipoh pagi tadi!!! Sungguh tak logic!!! Smpai Ipoh pukul 8.20 pagi n balik pukul 9.15 pagi hari yang same!!! Ape korang igat kitaorg ni terdesak nak nek train ke? Batak sangat nak g Ipoh? Dh smpai terus balik? Hisshh, geram betul!!! Rase nak pijak jerk kepala pak cik kaunter kat KTM Tapah Road ni!! Ingat die vougue?!!!! Aku dh cakap dh nak beli RETURN TICKET MALAM HARI YANG SAME!!! Tapi, haram.. die pergi klik kat 9.15!! Aku plak tak perasan yang tu adalah waktu pagi bukannyer malam!! Cam cirit api!!

Menggelabah ktrg macm mane nak blik ni? Takkan nk beli tiket lagi satu disebabkan kecuaian pegawai dorang sendirik? Pujuk punyer pujuk akhirnyer tak berhasil.. Dh la tu, ktrg kene beli lagi satu tiket untuk next train pukul 9.30 malam.. Aku bertmbah sakit ati yang tiket tu cume berharge RM 6 berbanding RM 12 yang kitrg beli untuk train balik sebelum ni.. Mencarut aku!! Sume kos tambang yang sepatutnye RM 12 pergi balik menjadi RM 24!!! Setelah ditambah tiket yang terpaksa dibeli sekali lagi.. Huh!!

Sementara menunggu train berlepas, kitorg duk la lepak2 kat taman depan KTM Ipoh tu.. Alangkah terkejutnyer aku.. Tempat tu adalah tempat pondan2 melepak tengah2 malam smpai awal pagi.. Kawan aku nyaris disapa oleh golongan tu.. ‘Lelaki’ tu bertanyekan kitorg dari mane? Sebelum ape2 jadi kitorg terus blah..

Tine ni jugak la perancangan masa depan yang ntah akn jadi realiti atau tidak dibincangkan. Kitorg berempat berhasrat untuk membuat usahasama perniagaan menggabungkan kami berempat sebagai pelabur. Ade kate nk buat pertanian ternakan ikan la, ade yang nk bukan kedai makan ala kafe la.. Dan yang paling memerlukan kos yang besar adalah untuk membuka sebuah hotel? Wah2, bukan main lagi ek.. Tapi yang pasti semoga angan2 n fantasi ni akan menjadi kenyataan. Insyaallah….