Saturday, June 2, 2012

Macam-macam Hal...

Salam.. lama gila aku tak update blog ni.. Dah bersarang agaknya. Hari ahad yang mendung ni aku akan bertolak balik ke KL.. Mybe malam nanti baru aku bertolak.. With my two brothers.. Aku akan stay 2 hari kat rumah abang aku then aku akan balik semula ke maktab dan bersedia untuk fly ke Bandung pada hari Jumaat pagi. Dah banyak duit aku labur untuk pergi ke sana. Harap semuanya berbaloi setimpal dengan kos yang mahal tu.. Hahahaha.. Sebelum ni aku dah pun berjaya sampai ke Sabah untuk kajian lapangan geografi di Kundasang. Untuk Bandung ni pulak, aku sekadar dijemput untuk turut sama menyertainya di bawah Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) IPG Kampus Pendidikan Islam. Kalau projek ke Sabah ni aku dilantik sebagai pengarah program tapi untuk ke Bandung ni sesuai dengan status 'dijemput' aku diamanahkan untuk memegang jawatan AJK Pengacaraan dan Persembahan. Banyak benda baru yang aku belajar bila terlibat dengan pengurusan yang berlainan. Semua itu kalau diambil positif memang membantu aku untuk menguruskan sesuatu perkara yang sama di masa akan datang.

Hurm... Sepanjang semester lepas banyak yang telah aku hadapi. Dengan kes excidentnye, kalah election, terlepas program pengacaraan bersama personaliti TV3 la, excident lagi sekali, dirampas takhta (hahaha), then paling aku tak suka, terlepas untuk wakil kebangsaan untuk Pertandingan Nyanyian Solo sempena KAGUM di IPG Kampus Perlis. Memang menyakitkan hati!! Aku selalu berangan yang suatu hari nanti aku akan involve dalam pertandingan macam ni. Alhamdulillah menjadi kenyataan tetapi hampeh aku pulak tak dapat nak sertai disebabkan tarikhnya bertindan dengan tarikh aku ke Bandung. Nak buat macam mana,tak ada rezeki.. Aku sekadar menyokong wakil pengganti aku dan wakil pertandingan Monodrama.. Untuk pertandingan Monodrama katanya ada wakil pelakon cerita "Sutun" yang turut masuk bertanding. Bertuah la kawan aku tu dapat jumpa pelakon cerita berkenaan. Hahaha...

Malam semalam aku dan abang-abang aku pergi shopping barang untuk adik aku yang akan sambung belajar di International Islamic College. Katanya amek kos Business Studies.. Hurm, pilihan dia. Biarkan jek la.. Asalkan dia dapat segulung diploma akhirnya dengan result yang baik.

Jalan-jalan di Muzium Sabah

Bergambar di Tanah Tinggi Kundasang

'Terapi' di Pulau Manukan

Jambatan Tamparuli...


No comments: