Friday, August 24, 2012

Raya 2012

Kali ini aku nak kongsikan gambar-gambar keluarga aku bila hari pertama raya.. Seperti biasa selepas sembahyang sunat aidilfitri, kami akan pulang ke kampung arwah atuk dan opah di Kampung Chulek, Gopeng. Sampai sahaja di kampung tersebut kami akan melawat rumah Mak Long dulu sebabnya rumah arwah tak ada sesiapa pun duduk. Agak menyeramkan jugak la.. Hahaha.. Kunci rumah pun ada pada Mak Long. Datang rumah Mak Long ni memang tak sah kalau tak pekena laksa masakannya. Taip-tiap tahun kami akan ke sana makan laksa. Memang favourite family aku la.. Tapi bukan aku.. Aku tak minat sangat laksa2 ni.. Setakat merasa seurat laksa or sesudu boleh la.. Ntah la.. Kalau geng2 perempuan family aku memang hantu laksa termasuk my mom.. Selesai jek melawat rumah Mak Long, kami ke rumah arwah untuk berehat-rehar sebentar dan mengerjakan solat jamak takdim sebabnya lepas ni pulak kami akan bertolak ke Gelung Pepuyu, Bota melawat rumah Pak Salleh dan Acu.. Tapi sebelum itu, kami pergi lawat sepupu aku dulu, keluarga Towa. Rumuhnya just belakang rumah arwah jek. Jalan kaki pun boleh. Tapi semua menggedik nak naik kereta.. Yela, dengan anak buah 4 orang dan kakak iparnya lagi sambil mendukung baby fatin az-zahra. Alang-alang lepas balik dari rumah mereka boleh terus bertolak pergi ke Bota. Sepanjang perjalanan kami ke Bota hujan turun dengan lebatnya. Agak merisaukan jugak la sebab kami bergerak 4 kereta berbaris panjang. Sudah la kereta yang aku naik ni memang tak pernah pergi Bota. Untung ada aplikasi GPS yang sedia ada dalam kereta.. Tak perlu risau sangat kalau tersesat. After few hours, kami pun sampai.. Family Pak Tam dan Mak Tam pun baru sahaja tiba di rumah Acu. Dorang dari KL. Sesak katanya. Mana tak sesak, dah musim perayaan kereta pun banyak la duk meluncur atas jalan raya. Lepas magrib jek kami pun bertolak balik ke Tapah Road. Semoga boleh bertemu lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan..



Si abang tak nak mengalah!! Nak jugak bergambar..

Opah dengan 3 orang cucunya...

Atuk dan Opah bersama 4 orang cucunya..

The Big Family


Abang sulungku with his family..

Still available.. Anyone? Hahaha..












2 comments:

Yaya Mohd said...

comel btol budak2 niii..^,^

SN said...

Salam lebaran , happy semuanya ^^