Thursday, December 20, 2012

Coret Cuti...

Dah bersawang blog ini. Lama sangat tak mengupdate. Well, cuti panjang ni sememangnya membosankan kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang menarik berlaku. Pagi tadi, selepas bangun pagi jam 7 terus blur nak buat apa pagi ini. Kemudian aku membuat keputusan untuk melunaskan hutang bil telefon dan broadband aku di Maxis Center di Tapah. Nak dekat sebulan dah aku tak bayar bil tersebut. Mulanya aku memang nak berhenti sahaja daripada menggunakan perkhidmatan postpaid Maxis sebulan yang lalu namun terhenti dek kakitangan gerai Maxis di KL Sentral telah memperkenalkan kepada aku  pakej-pakej yang menarik dan sesuai mengikut kadar penggunaan semasa. Mind set aku memang nak stopkan jek postpaid ni tapi aku tertarik untuk menggunakannya untuk sebulan lagi. Hasilnya sangat memuaskan hati aku. Bil yang diterima pun kira-kira boleh masuk akal dan mampu diteruskan perkhidmatannya untuk bulan-bulan seterusnya.

Oh, sebelum itu, aku telah pergi ke bank BSN Tapah untuk melihat baki terkini wang dalam simpanan memandangkan awal bulan Disember lalu pensyarah aku meminta nama penuh dan nombor akaun untuk memasukkan duit hasil kemenangan kami di Pertandingan Teater Muzikal anjuran Perpustakaan Negara. Sebenarnya, aku tidak ada kena mengena langsung dengan pasukan teater ini. Pada hari pertandingan, aku sekadar turut serta mengikuti pasukan ini bertanding di samping memberikan sokongan yang penuh kepada pasukan tersebut memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada rakan rapat di institut. Tidak semena-mena, aku diarahkan untuk menolong mereka di belakang tabir dengan MEMBANTU MENGHASILKAN BUIH BELON MENGGUNAKAN KIPAS ANGIN untuk mewujudkan suasana kayangan. Dan, seperti sudah dijangka kumpulan teater ini telah memenangi Johan pertandingan. Yang paling tidak disangka-sangka, aku secara tidak langsung menjadi ahli pasukan teater ini dengan turut mendapat sijil peringkat kebangsaan dengan hanya berbekalkan khidmat MENGHASILKAN BUIH BELON MENGGUNAKAN KIPAS ANGIN. Wow!!! Memang aku teruja sangat! Rasa kelakar pun ada. Berbalik kepada cerita cucuk duit tadi, malangnya duit tersebut belum dibank in kan lagi. Haiyak, aku memang memerlukan duit sangat-sangat. Terpaksalah menagih kepada mak ayah aku untuk berbelanja. Hurm..




Bersama Encik Maa'mor, pensyarah Jabatan Sains Sosial
  
Lihat kelibat aku di belakang pentas. Tugas berat tu..

Pada 15 Disember yang lalu, aku ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis untuk majlis persandingan sepupu aku di Dewan Perdana, Keramat Mall. Rasa janggal pulak menguruskan majlis sesama keluarga dan sanak saudara. Pada hari tersebut jugalah buat pertama kalinya keluarga aku menyaksikan aku mengacara majlis secara langsung. Abang kedua aku juga turut menari bersama kumpulan tarian zapinnya di hadapan tetamu yang hadir. Sangat kagum melihat dia menari dengan bentuk koreografi yang menarik. Raptai turut dijalankan malam sebelumnya untuk melihat perjalanan majlis secara kasar. Buat pertama kalinya juga keluarga aku mengenakan baju sedondon pada majlis tersebut. Memang tak pernah dibuat sebelum ini walaupun ketika hari raya sekalipun. Hahaha.. Special for my aunty. 

Abang Hazim menjadi flower boy..

Kakak Qistina jadi flower girl

Huda a.k.a dada pun jadi flower girl.

Huda and baby Fatin


MC bersama Kak Mariam Jamiela dari UIAM






1 comment:

Sabella Mohamad said...

comelnyaa flower girl ^^