Monday, November 28, 2011

hIjRAh!!!!

SALAM MAAL HIJRAH YANG KE-1433 BUAT SEMUA!!!! Bila sebut sahaja tentang hijrah pasti semua orang memasang hajat baharu untuk berubah daripada bergelumang dengan keburukan ataupun perkara yang sia-sia kepada sesuatu yang lebih bermakna dan membawa kebaikan kepada diri, agama, keluarga mahupun masyarakat. Aku? Ntah la.. rasa-rasanya tak ada apa-apa yang akan berubah. Cumanya aku sempat juga bermuhasabah diri tentang apa yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Pelbagai peristiwa yang menggembirakan, saat mendebarkan, ketenangan, dan tak kurang juga ditimpa kesedihan. Semua itu telah membantu mematangkan diri aku yang telah pun menginjak ke alam kedewasaan. Bagi peristiwa yang menggembirakan, aku akan ingat saat itu dan aku akan imbau kembali hingga aku mampu tersenyum lagi. Bagi peristiwa yang menyedihkan? Sukar untuk dilupakan saat itukan? Sampai sekarang aku asyik terfikirkan tentangnya. Alangkah indahnya jika saat itu tidak pernah berlaku. Saban hari aku mendoakan kesejahteraan mereka. Nasib baik ada jua insan yang memahami untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa. Terima kasih wahai insan. Dan semestinya peristiwa itu tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayat ini.

Cuti sekolah datang lagi!!! Bestnyer!!! Tapi aku tak rasakan kenikmatan untuk cuti yang terlalu panjang. 6 minggu!!! Lamanya!! Minggu yang pertama cuti pun aku sudah mula terasa bosan.. ni nak tempuh lagi 5 minggu!! Arrrghhh!! Cepatlah waktu berlalu.. tak sabar aku nak mulakan sesi semester yang baru pelik bukan? Tak semua orang berfikir dan merasai apa yang aku rasa.. Tapi setiap kali waktu cuti sahaja aku akan mengeluh. Apa yang hendak dibuat sepanjang masa yang terluang itu. Hajat aku untuk bekerja separuh masa tidak kesampaian lagi tahun ini. Penyelesaiannya, duduk rumah, hiburkan hati dan lakukan apa-apa yang berfaedah.

Bagaimana untuk mencapai ketenangan? Bagaimana hendak hadapi kekusutan? Seringkali kita memberikan tanggapan bahawa cabaran yang kita tempuh akan melemahkan kita. Namun, semua ini menganjur kita untuk kembali kepada sang Pencipta. Berdoa dan mengadulah pada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku.


1 comment:

Unknown said...

Cubaan tulisan cantik..
1..2..3..
ok, baru bole komen..

wah, tlg jgn ckp, SAAT MENGGEMBIRAKAN YANG MAMPU BUAT KAU TERSENYUM tu adalah apabila aku sebut MONTHLY menjadi MONLY..
Please...

yg psl insan yg ko luahkan tu?
saper ek?
kt aku kau citer separuh jerk,
tu pun yang part..
TAKPEWLAH KAK, SAYA CUBA tuttttttttttttttttttttttttttttttt...
huhuhuh....