![]() |
| Akan aku kumpulkan bala tentera untuk serang kau andai kau buat perangai lagi!!!! |
Friday, November 2, 2012
JANGAN KAITKAN AKU DENGAN SI DIA LAGI!!!
Sunday, September 2, 2012
Berhibur kejap..
Tapi sebelum wayang mula ditayangkan jam 5.15 petang, kami menggedik nak cuba waffle pulak.. Asyik makan waffle kat koperasi maktab jek, nak try jugak jenama lain.. So, pergi la ke kiosk 'Waffle Stop'.. Selidik punya selidik menu yang ada aku pun try waffle fruits and ice cream, yang dua orang lagi tu pulak makan chocolate balgian.. Perrrgghh.. Gabungan panas, sejuk dan manis.. Mula-mula macam best jek tapi dah makan banyak muak nak mampus! Kalau nak makan benda alah ni better makan kongsi berempat.. Lagi ukhuwah kan? Hehehehe..
![]() |
| Chocolate Balgian, RM 10 |
![]() |
| Fruits and Ice-cream, RM 9.50 |
![]() |
| Blueberry, errmm tak minat sangat.. |
Friday, August 24, 2012
Raya 2012
| Si abang tak nak mengalah!! Nak jugak bergambar.. |
| Opah dengan 3 orang cucunya... |
| Atuk dan Opah bersama 4 orang cucunya.. |
| The Big Family |
| Abang sulungku with his family.. |
| Still available.. Anyone? Hahaha.. |
Thursday, August 16, 2012
PBS IV...
Tidak lama selepas itu, hadir seorang wanita menuju ke bilik guru besar dengan selambanya. Kemudian dia mengarahkan kami untuk menghadiri perhimpunan terlebih dahuku sebelum bertemu dengan guru besar. Kami pun mengikut arahan wanita tersebut dengan patuhnya. Sesampai sahaja di tapak perhimpunan, aku dan rakan-rakan lelaki seramai 3 orang bersalaman dengan guru lelaki di sana. Aku tengok murid-murid dekat sekolah ni macam tidak ramai. Mungkin sekolah ini mengadakan 2 sesi , di sebelah pagi dan di sebelah petang. Namun anggapan aku meleset bila guru bertugas memeriksa satu per satu kelas. Ternyata dalam 1 tahun hanya terdapat 1 kelas!! No wonder la sekolah ni ada 243 orang jek kesemuanya. Then, bila perhimpunan dimulakan, aku kagum dan tabik bila perhimpunan tersebut dikendalikan oleh pengawas perempuan dengan menggunakan bahasa Arab! Wah, bagusnya! Pengacara tersebut akan selang selikan dengan bahasa melayu untuk maksudnya. Yela, mana lah tau dijemputnya pembaca doa, guru bertugas pulak naik pentas. Confident!! hahaha...
Lepas nyanyian, bacaan doa, kemudian ucapan guru bertugas minggu lepas untuk memberikan laporan dijumput pula seorang ustazah untuk slot tazkirah. Aku suka dengan tazkirahnya. Ringkas dan mudah difahami. Tapi tak tau la pulak budak-budak ni macam mana. Ada yang duk menguap mengantuk. Harapnya isi tazkirah tu dapat masuk ke dalam otak dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Habis jek sesi tazkirah, si pengacara majlis menjemput Guru Besar untuk menyampaikan ucapan. Alangkah surprisenya aku bila guru besar tersebut adalah wanita yang masuk ke dalam bilik guru besar dengan selambernya tadi. Aish, dalam ucapannya, dia siap bagi kata-kata pedas kat kami sebabnya tak bertegur sapa dengannya sebelum perhimpunan tadi. Manalah kami nak tau yang guru besar sekolah itu adalah seorang wanita..
Habis sahaja perhimpunan kami segera menuju ke bilik guru besar. Puas kami kena tegur.. hahaha.. kemudian, dia suruh kami berjumpa dengan P.K. Pentadbiran untuk rujukan selanjutnya. Lepas jumpa P.K. 1 kami pun bergerak pergi ke "bilik operasi" kami di bilik T.V. Wah, tempat ni memang selesa lagi mendamaikan. Dengan penghawa dinginnya memang hirup mata menutup. Rasa macam nak tidur pun ada. Tapi tak nak kantoi pulak.. Baru jek kena tegur dengan guru besar baik jagan bawak masalah lain pulak. So, aku decide untuk terus buat tugasan dengan berjumpa guru pendidikan seni visual tahap 1. Cikgunya sangat la sporting! Suka sangat berkolaboratif dengan beliau. Dia ada pesan, kalau nak mengajar budak-budak darjah 1 ngan 2 kenalah ceria-ceria selalu. Tak boleh tension-tension. Cikgu ni pun sangat bersungguh-sungguh mencari karya murid dalam aktiviti seni untuk rujukan dan bahan bukti aku. Sehinggakan ada satu karya murid yang katanya sudah rosak dek murid-muridnya dia sanggup buatkan satu lagi untuk aku lihat! Sangat terharu... Ahhirnya aku dapat mengumpulkan kesemua karya seni dalam 4 bidang PSV untuk tahap 1
![]() |
| Bilik T.V S.K Haji Hassan |
Hari kedua pulak aku rancang untuk mengumpulkan karya bagi tahap 2. Namun, aku tidak bernasib baik. Karyanya tidak disimpan. Maka untuk hari tersebut aku sekadar menyiapkan borang-borang PBS lain untuk diisi dan ditandatangni. Ah, guru HEM dah pesan sebelum balik semalam dia nak jumpa kami hari ni jam 10 pagi. Ingatkan nak kena ceramah tadi, rupanya dia sekadar menyatakan tugas-tugas beliau di sekolah ni dan pesanan-pesanan untuk kami amalkan. Lama la jugak. Dekat 40 minit! Tapi ia memang memberikan aku in-put baharu tentang tugas-tugas seorang guru penolong kanan. Bukan senang nak pikul tanggungjawab tu. 26 fail kena jaga!! Ko mampu? Malam tu pulak kami dijemput untuk menghadiri majlis iftar dan sembahyang magrib, isyak dan tarawikh berjamaah di sekolah tersebut. Tapi, kami tidak dapat hadir disebabkan kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.. hehehe..
Hari terakhir di sekolah ini pulak ada mengadakan Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam Quran. Sepanjang hari la kami di surau sekolah bagi memeriahkan majlis. Acara dimulakan dengan majlis khatam Quran kemudian tazkirah dan penyampaian hadiah serta sumbangan hari raya kepada murid-murid. Kami bertiga jejaka tampan duduk berhampiran dengan murid-murid tahun 6. Alangkah sedihnya, bila mereka lalu depan aku dan bertegur sapa mereka cakap, "assalamualaikum bang.." Argh!! Kenapa dorang tak panggil cikgu? Tak de pesona seorang guru ke kami ni? Hahaha.. Mungkin sebab kami tak diberi peluang untuk masuk ke kelas so mereka anggap kami ni anak-anak cikgu kot yang datang melawat.. Aku sempat menugur seorang murid untuk panggil aku cikgu.. hahaha.. kejam betul! Dalam upacara penyampaian hadiah ada hadiah untuk pelajar '5A ' untuk percubaan UPSR baru-baru ni. Ada 2 orang yang mendapat 5A. Aku jangkakan kedua-duanya adalah perempuan tapi kedua-duanya adalah lelaki! Aku kagum dengan murid ni. Teringat zaman sekolah rendah dulu.. teeetttt... Dapat jek sampul duit hadiah itu, budak tu pun bukak untuk melihat isi duit berapa banyak dia dapat.. Aku pun terdetik untuk memberikan wang tambahan untuk diberikan kepada mereka. Then, aku minta buku latihan mereka, selitkan sedikit wang dan berbisik memberikan amanat terakhir sambil memberikan semula buku... Chewah!!! Abis jek acara di surau murid-murid sekolah tu diminta ke kantin untuk sesi bersalaman dengan guru-guru. Kami pun turut serta memandangkan guru besar pun turun sekali.. Kenalah menunjukkan perilaku terbaik di depannya.. hehehe...
![]() |
| Majlis Khatam Quran 2012, S.K Haji Hassan |
![]() |
| Murid-murid khusyuk mendengar tazkirah |
Selesai salam bersalaman dengan murid-murid, kami pun ambil kesempatan bersalaman dengan guru-guru lelaki di sekolah tersebut. 6 orang jek guru lelaki di sini. Mesti semuanya sekepala.. hahaha.. Then, aku ucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan PBS yang lain.. siap dapat kad raya lagi.. terima kasih...
![]() |
| Terjumpa 'junior' aku dari sekolah ini |
-THE END-
Saturday, June 2, 2012
Macam-macam Hal...
Hurm... Sepanjang semester lepas banyak yang telah aku hadapi. Dengan kes excidentnye, kalah election, terlepas program pengacaraan bersama personaliti TV3 la, excident lagi sekali, dirampas takhta (hahaha), then paling aku tak suka, terlepas untuk wakil kebangsaan untuk Pertandingan Nyanyian Solo sempena KAGUM di IPG Kampus Perlis. Memang menyakitkan hati!! Aku selalu berangan yang suatu hari nanti aku akan involve dalam pertandingan macam ni. Alhamdulillah menjadi kenyataan tetapi hampeh aku pulak tak dapat nak sertai disebabkan tarikhnya bertindan dengan tarikh aku ke Bandung. Nak buat macam mana,tak ada rezeki.. Aku sekadar menyokong wakil pengganti aku dan wakil pertandingan Monodrama.. Untuk pertandingan Monodrama katanya ada wakil pelakon cerita "Sutun" yang turut masuk bertanding. Bertuah la kawan aku tu dapat jumpa pelakon cerita berkenaan. Hahaha...
Malam semalam aku dan abang-abang aku pergi shopping barang untuk adik aku yang akan sambung belajar di International Islamic College. Katanya amek kos Business Studies.. Hurm, pilihan dia. Biarkan jek la.. Asalkan dia dapat segulung diploma akhirnya dengan result yang baik.
| Jalan-jalan di Muzium Sabah |
| Bergambar di Tanah Tinggi Kundasang |
| 'Terapi' di Pulau Manukan |
| Jambatan Tamparuli... |
Monday, November 28, 2011
hIjRAh!!!!
SALAM MAAL HIJRAH YANG KE-1433 BUAT SEMUA!!!! Bila sebut sahaja tentang hijrah pasti semua orang memasang hajat baharu untuk berubah daripada bergelumang dengan keburukan ataupun perkara yang sia-sia kepada sesuatu yang lebih bermakna dan membawa kebaikan kepada diri, agama, keluarga mahupun masyarakat. Aku? Ntah la.. rasa-rasanya tak ada apa-apa yang akan berubah. Cumanya aku sempat juga bermuhasabah diri tentang apa yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Pelbagai peristiwa yang menggembirakan, saat mendebarkan, ketenangan, dan tak kurang juga ditimpa kesedihan. Semua itu telah membantu mematangkan diri aku yang telah pun menginjak ke alam kedewasaan. Bagi peristiwa yang menggembirakan, aku akan ingat saat itu dan aku akan imbau kembali hingga aku mampu tersenyum lagi. Bagi peristiwa yang menyedihkan? Sukar untuk dilupakan saat itukan? Sampai sekarang aku asyik terfikirkan tentangnya. Alangkah indahnya jika saat itu tidak pernah berlaku. Saban hari aku mendoakan kesejahteraan mereka. Nasib baik ada jua insan yang memahami untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa. Terima kasih wahai insan. Dan semestinya peristiwa itu tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayat ini.
Cuti sekolah datang lagi!!! Bestnyer!!! Tapi aku tak rasakan kenikmatan untuk cuti yang terlalu panjang. 6 minggu!!! Lamanya!! Minggu yang pertama cuti pun aku sudah mula terasa bosan.. ni nak tempuh lagi 5 minggu!! Arrrghhh!! Cepatlah waktu berlalu.. tak sabar aku nak mulakan sesi semester yang baru pelik bukan? Tak semua orang berfikir dan merasai apa yang aku rasa.. Tapi setiap kali waktu cuti sahaja aku akan mengeluh. Apa yang hendak dibuat sepanjang masa yang terluang itu. Hajat aku untuk bekerja separuh masa tidak kesampaian lagi tahun ini. Penyelesaiannya, duduk rumah, hiburkan hati dan lakukan apa-apa yang berfaedah.
Bagaimana untuk mencapai ketenangan? Bagaimana hendak hadapi kekusutan? Seringkali kita memberikan tanggapan bahawa cabaran yang kita tempuh akan melemahkan kita. Namun, semua ini menganjur kita untuk kembali kepada sang Pencipta. Berdoa dan mengadulah pada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku.
Wednesday, June 15, 2011
SeLamaT HArI JAdI DiriKu 20 taHuN!!!!
Genap 20 tahun sudah aku hidup kat dunia ni. Rasa-rasanya banyak lagi benda yang aku nak buat tapi tak terlaksana.. hurm.. nape la birthday aku time cuti sem? Kalau waktu kuliah kan best.. boleh la berangan ade budak kelas buat surprise kat aku.. hampeh tul la.. tp, dalam waktu cuti ni pun nasib baik masih ade lagi teman yang ingat kat hari jadi aku.. tanggal 15 Jun( tengah bulan n tengah tahun). Ni list top 10 orang yang wish birthday kat aku.. Tahniah kepada yang tercalon.. hahaha..
1.Akhma (siap call n nyanyi lagi)
2.Kak Ji
3.Fikri
4. John Khaiman ( tak sngke plak.. hahaha)
5. Nanad (teman sejati café)
6. Arif (roommate, pukul 2.30
pg!!! aku pun tgh mamai
time tu.. seb bek tak terdelete mesej ko)
7. Daus
8. Kak Dila
9. Shera (suke sgt pggil aku syg.. aku pun… muuaaahhhaaa)
10. Wawa (wish birthday ala2 ustzah!!!
Terbakar aku!! Hehehe)
Tapi, bagi aku sape yg wish aku tk berapa penting sangat pun (padahal berharap sape la nk wish dulu) yg penting “AKU NAK HADIAH!!!!!” woi, tk malu ke nak mintk hadiah kat orang? Ah, peduli ape!! Nk jugak.. tak kire!!! Kate nyer nak bagi lepas elaun masuk.. ok… aku tuntut lain kali jerk.. hehehe..

Dalam banyak2 orang yang wish birthday kat aku, aku agak terkilan sebab ade hamba Alllah ni yang aku berharap sangat die akan wish birthday kat aku tp nmpaknye ….. senyap aje.. aku tunggu malam tu tp still tak de ucapan dari si dia… padahal aku siap tnggu2 mlm sebelum birthday die untuk aku wish tepat pukul 12 malam!!! Tp. .. die tak buat bende yang sama kat aku pun.. tk pelah.. malas nk pusing pasal ko.. siape die yang aku mksud kan? Biarlah rahsia…











